Social Inclusion Agenda for the Nation (Bilingual) Print
Tuesday, 14 August 2012 21:34

abm-siaAgenda Perangkuman Sosial untuk Negara

 

Wawasan untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, saksama dan inklusif telah termaktub dalam Rukunegara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Setelah hampir 42 tahun sejak itu, ternyata kita masih jauh dari melaksanakan serta menjayakan wawasan yang telah digariskan dalam dokumen bersejarah tersebut.

 

Kini, hampir 40 peratus Anak Bangsa Malaysia masih lagi terperangkap di dalam kitar kemiskinan dan ketaksamarataan yang diwarisi dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. 12 juta warganegara Malaysia tergolong dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah dan miskin dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi kekurangan serta kelemahan yang terpaksa mereka hadapi setiap hari. Individu dan kumpulan yang paling hampir dengan setiap masalah ini tidak kira sama ada warganegara atau bukan warganegara, sering ditindas dan masih terpinggir.

 

Jurang perbezaan antara 40% isi rumah terbawah dan ahli masyarakat yang lain kian meningkat. Mereka terperangkap dalam pelbagai kekurangan yang lahir disebabkan asas aset yang rendah. Ini termasuk tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah, kesihatan dan nutrisi yang kurang memuaskan; dan persekitaran hidup yang tidak menyeluruh atau lengkap.

 

Pelbagai gejala sosial yang dikaitkan dengan masalah kepincangan institusi keluarga dalam lapisan masyarakat ini khususnya, kini menjadi kian ketara. Peningkatan kadar penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol, keciciran, penderaan kanak-kanak, aktiviti jenayah dan penyakit mental, adalah petunjuk yang jelas bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dalam negara kita.

 

Sejak tahun 1990, ketidaksamaan pendapatan makin merosot. 40% isi rumah di aras bawah memperoleh pendapatan purata bulanan sebanyak RM 1,529, manakala 20% isi rumah teratas menerima RM 10,208 sebulan. Ini bermakna, Bahagian Pendapatan (Income Share) bagi 40% isi rumah di aras bawah adalah 14.5% manakala 20% isi rumah teratas memperoleh 51% daripada bahagian pendapatan keseluruhan. Jika dikhususkan lagi, 10% isi rumah teratas memiliki 33.1% daripada bahagian pendapatan keseluruhan manakala 10% isi rumah terbawah hanya mendapat 2% daripada bahagian pendapatan tersebut.

 

Ini adalah resipi untuk mengundang malapetaka!

 

Kita perlu segera menangani punca-punca utama kemiskinan dan peminggiran dan bukan hanya terus menangani simptom-simptom masalah tersebut secara acuh tak acuh. Pemberian wang dan juga langkah penyelesaian umum yang dicadangkan tanpa mengambil kira keunikan setiap kes hanyalah bersifat sementara dan tidak boleh membantu memperbaiki taraf hidup rakyat secara lebih kekal.

 

Kita perlu bersatu dan berusaha menangani isu-isu sebenar kemiskinan dan peminggiran secara tidak partisan dan ikhlas.

 

Untuk itu, kita perlu dasar yang memberi tumpuan terhadap penyelesaian jangka panjang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan inklusif.

 

“Politik Perkauman” perlu dipisahkan daripada perancangan dasar dan juga institusi-institusi yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan. Ini penting bagi memperkasakan rakyat yang miskin dan terpinggir untuk membolehkan mereka mengatasi belenggu pelbagai kelemahan dalam sistem sosial yang memerangkap mereka.

 

Dalam hal ini, kami dengan sukacitanya ingin membentangkan draf Akta Perangkuman Sosial untuk perbincangan bersama. Di bawah akta ini penubuhan Suruhanjaya Perangkuman Sosial yang bertanggungjawab terus kepada Parlimen dicadangkan. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk memantau dan mengawasi semua perkara berkaitan pengurangan kemiskinan, tindakan afirmatif dan keterangkuman sosial dengan merujuk kepada, antara lain, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

 

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua parti politik daripada kedua-dua belah pihak untuk mengkaji perundangan yang dicadang.

 

Jemputan rasmi kepada semua parti-parti politik untuk menghadiri sesi dialog untuk mendapatkan maklumbalas dan input untuk memperbaiki cadangan tersebut akan kami panjangkan.

 

Kami amat berharap agar semua pihak yang prihatin dan ingin meneruskan agenda ini akan menghadiri sesi dialog tersebut.

 

Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM)

 

14 Ogos 2012


 

*****************************************

 

 

Social Inclusion Agenda for the Nation

 

The vision to achieve a just, equitable and inclusive society is enshrined in the Rukunegara proclaimed on the 31st August 1970. Almost 42 years on, we are far from realizing the vision set forth in this historic document.

 

Today, almost forty percent of Anak Bangsa Malaysia are still trapped in the inter-generational cycle of poverty and inequality. Poor and Low Income households comprising 12 million citizens lack the capability to overcome the multi-dimensional disadvantages they face on a daily basis. Vulnerable individuals and groups, citizens and non-citizens alike, continue to encounter prejudice and discrimination, and remain marginalized.

 

There is an increasing disconnect between our people from the Bottom 40% households with the rest of society. They are trapped in a constellation of disadvantages due to the low asset base that includes low levels of education and skills, poor nutrition and health; and unwholesome living conditions.

 

A host of social ills associated with dysfunctional families from this stratum of our society is becoming evident. Increasing rates of substance abuse, delinquency and dropouts, child abuse, crime and mental illnesses, are clear indicators that something is amiss in our beloved nation.

 

Since 1990, Income inequality has been worsening. The Bottom 40% households have an average monthly income RM 1,529 compared to RM 10,208 for the Top 20%. Their Income Share is 14.5% compared to the 51% share of the ‘Top 20%’ households. And the ‘Top 10%’ of households have an income share of 33.1% compared to 2.0% of the “Bottom 10%’ households.

 

This is a recipe for disaster!

 

We need to urgently address the root causes of poverty and marginalization and not just continue to lackadaisically treat the symptoms! Handouts and 1-shirt fits all prescriptions are but temporary and will not lift our people from the societal quagmire.

 

This is the time to come together as a nation to address the real issues of poverty and marginalization in a nonpartisan and dispassionate manner. We need a new policy paradigm that focuses on long term solutions to bring about a socially just and more inclusive society.

 

We need to decouple the ‘politics of ethnicity’ from the policy planning and the institutional delivery systems in order to empower the poor and marginalized to overcome the multiple and extended disadvantages they are trapped in.

 

In this regard, we are pleased to table for deliberation the draft Social Inclusion Act [SIA 2012], under which is proposed the establishment of a Social Inclusion Commission answerable directly to Parliament. This Commission would be mandated to have oversight over all matters of poverty reduction, affirmative action and social inclusiveness by reference to, amongst other considerations, Article 153 of the Federal Constitution.

 

We take this opportunity to call upon all political parties, from both sides of the divide, to study the proposed legislation. We would be extending a formal invitation to all political parties to attend a dialogue session to obtain feedback and inputs to improve the said proposal. We earnestly hope that all parties interested to carry this agenda forward will attend.

 

Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) and National Human Rights Society (HAKAM)


August 14, 2012


 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
LS Teh  - Managing Director |2012-10-15 17:55:08
This is a truly caring agenda which all loyal Anak Malaysia should support to make Mlaaysia a peaceful, progreessive and happy nation.
Dr Wong Fort Pin  - Dr |2012-10-22 10:52:10
:cheer:

:cheer:

Good, keep up the good work!
chin hon vui  - mr. |2013-01-23 00:34:19
I agree 100%. It is time we make changes before we sink to the bottom. (we are almost there!)

Read today's news. We sent more than rm800 billion out of the country illegally. By whom??? We rank no.3 in the world.
Last Updated on Tuesday, 27 November 2012 23:03