PORTAL MY-ADUN Print
Saturday, 29 July 2023 10:10

PRN: GBM Lancar Portal MY-ADUN, Kemuka 10 Tuntutan

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) telah melancarkan Portal MY-ADUN.Info menghimpunkan profil kesemua calon bagi negeri Selangor dari kesemua parti yang akan bertanding, pada Khamis di Gerak Budaya di sini.

Pelancaran portal ini bertujuan memudahkan semua pengundi di negeri Selangor bagi menilai secara objektif setiap calon yang bertanding sebelum membuat keputusan untuk memilih semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Portal MY-ADUN memaparkan biografi semua calon serta latar belakang penglibatan setiap calon dari segi akademik, sosial serta politiknya, sama ada daripada PH-BN, PN, MUDA ataupun PSM.

Ia turut memaparkan segala bentuk berita yang ada berkenaan calon-calon tersebut daripada sumber-sumber berita yang sahih, tanpa  mengira sama ada berita bersifat positif ataupun negatif.

Portal MY-ADUN.Info yang telah dibangunkan oleh GBM berserta MyPJ serta beberapa NGO, tidak menyediakan portal yang sama bagi negeri-negeri yang lain, memandangkan kesuntukan masa dan keterbatasan sumber untuk mengendalikannya.

Portal ini juga memuat naik beberapa tuntutan kepada semua calon yang akan bertanding untuk dijadikan medan fokus mereka jika dipilih dalam PRN yang akan berlangsung pada 12 Ogos nanti.

Tuntutan tersebut merangkumi aspek peranan ADUN, antirasuah, pendekatan holistik, pilihan raya tempatan, perpaduan, ketelusan, pembangunan seimbang, perumahan B40, pengangkutan dan perubahan iklim.

Untuk maklumat lanjut, portal MY-ADUN.Info boleh dilayari di pautan https://www.my-adun.info/.

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Saturday, 29 July 2023 10:23