Tuesday, 19 March 2024
Kampung A Relevant Life DEKLARASI 1 MEI 2021
DEKLARASI 1 MEI 2021 PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 01 May 2021 19:17
DEKLARASI 1 MEI 2021 –
JAMINAN KERJA, VAKSIN KEHIDUPAN

▪ COVID-19, Darurat, Krisis Ekonomi terus menjadi cabaran terbesar semasa kita
menyambut hari keramat kaum pekerja – 1 Mei 2021.
▪ Kesan COVID-19 bukan sekadar krisis kesihatan awam, malah ia juga ialah krisis
ekonomi, krisis jaminan kerja, krisis pengangguran, krisis jaminan makanan dan krisis
kelaparan.
▪ Kaum pekerja sektor informal, pekerja migran dan pelarian berhadapan dengan
pemberhentian kerja secara berleluasa, pemotongan gaji bermaharajalela,
diskriminasi dan pengurangan kerja secara mendadak, secara paksa dan secara
zalim.
▪ Di sebalik pandemik ini, kaum kapitalis terus mencatatkan keuntungan dan kaum
pemerintah terus berselindung di belakang darurat. Untuk kaum pekerja, Jaminan
Kerja menjadi Vaksin Kehidupan, ia menjadi vaksin untuk mereka terus hidup,
menyara keluarga dan menjamin kehidupan berterusan di bawah cabaran.
▪ Jaminan kerja ialah hak yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
Perisytiharan Hak Asasi Sedunia. Ia adalah vaksin untuk pekerja terus hidup.
Maka, sempena dengan Hari Pekerja tahun 2021 yang luar biasa ini, Kami mengetengahkan
15 tuntutan-tuntutan seperti di bawah:
1. KERAJAAN HARUS WUJUDKAN SKIM JAMINAN PEKERJAAN
▪ Wujudkan projek-projek kemudahan awam yang diperlukan, benarkan tanah terbiar
untuk diusahakan dan ambilalih kilang-kilang yang telah bankrap.
▪ Perkenalkan skim pendapatan asas RM1,000 sebulan kepada keluaga yang langsung
tiada punca pendapatan.
▪ Hapuskan sistem kontrak dan gantikannya dengan pekerjaan tetap untuk
mengekalkan jaminan kerja.
▪ Membuat pindaan terhadap undang-undang buruh dan PERKESO untuk beri
perlindungan kepada pekerja di bawah ekonomi gig.
▪ Reformasi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) supaya semua pekerja dapat menikmati
faedah pada waktu kehilangan pekerjaan tanpa syarat yang membebankan.
▪ Laksanakan Jaminan Perlindungan Sosial Sejagat untuk Semua termasuk
Skim Pencen, Kemudahan untuk Golongan Warga Emas dan juga Jaminan Hak
Bekerja bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
▪ Wujudkan Jawatankuasa COVID-19 di tempat kerja yang diwakili oleh majikan,
pekerja dan kesatuan untuk pastikan semua prosedur KKM diikuti secara ketat.
2. BATALKAN PROKLAMASI DARURAT DAN PULIHKAN PARLIMEN
Undang-undang kawalan kesihatan yang sedia ada sudah cukup menjamin
pematuhan SOP semasa pandemik COVID-19. Demokrasi, kebebasan dan hak rakyat
harus dilindungi dan dipelihara.
3. HAK KESIHATAN KEPADA SEMUA
Tingkatkan dan perkasakan hospital kerajaan. Berikan lebih dana untuk kekalkan
perkhidmatan yang terbaik dan percuma. Kawal dan memiliknegarakan hospital
swasta untuk mencapai aspirasi kesihatan terbaik bagi semua tanpa diskriminasi.
Elaun khas bagi pekerja barisan hadapan hospital perlulah menyeluruh dan meliputi
semua pekerja, termasuk pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan.
4. JAMIN HAK PEKERJA MIGRAN DAN HENTIKAN TANGKAPAN MIGRAN DAN
PELARIAN.
Iktiraf hak kerja bagi pelarian dan pencari suaka. Berikan perlindungan yang saksama
dan mencukupi kepada pekerja migran tanpa eksploitasi. Hentikan semua
penangkapan atau penghantaran balik secara paksaan terhadap pekerja migran dan
pelarian, dan berikan jaminan kepada mereka mendapat akses untuk rawatan
kesihatan.
5. HAK KESATUAN SEKERJA
Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja.
Pembentukan kesatuan sekerja harus diutamakan dan dipermudahkan untuk
menjamin hak dan kebajikan pekerja terjamin.
6. HENTIKAN DISKRIMINASI BERASASKAN GENDER DAN ORIENTASI SEKSUAL
SERTA STATUS HIV. JAMIN HAK PEKERJA WANITA & HAK KANAK-KANAK
Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita, termasuk
transgender dan individu HIV + di tempat kerja. Kuatkuasakan Konvensyen
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW); gubal Akta
Kesamarataan Gender (Gender Equality Act) dan Akta Gangguan Seksual. Kami juga
menyeru Kerajaan Malaysia untuk meminda Akta Kerja 1955, supaya pekerja
domestik diiktiraf sebagai pekerja di bawah Jadual Pertama. Kerajaan harus lindungi
dan tunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak.
7. HAK ORANG ASAL/ASLI
Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta
kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan
Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan
kehendak, keperluan dan aspirasi masyarakat Orang Asal/Asli.
8. PERUMAHAN SELESA DAN HENTIKAN PENGUSIRAN PAKSA
Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan
selesa. Manakala moratorium terhadap sebarang pengusiran semasa COVID-19
harus dikuatkuasakan.
9. HAK BERTANI DAN JAMINAN MAKANAN
Hentikan pengusiran petani dan penternak dari tanah yang diusahakan mereka.
Iktiraf dan berikan geran tanah kepada mereka yang telah lama bertani demi
menjamin keupayaan pengeluaran makanan tempatan.
10. KAWAL HARGA BARANG
Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan keperluan harian, dan kembalikan
semula pemberian subsidi kepada rakyat secara berkesan.
11. JAMIN KEBEBASAN MEDIA DAN MANSUHKAN ORDINAN ANTI-BERITA PALSU, POCA, POTA , SOSMA DAN AKTA HASUTAN (1948)
Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan media harus dimansuhkan. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dimansuhkan. Semua akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara harus dimansuhkan.
12. HAK PELAJAR
Mansuhkan AUKU, Akta 174, PTPTN, PTPKN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa dan pensyarah. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar, termasuk kanak-kanak migran dan pelarian.
13. HENTIKAN PENSWASTAAN PERKHIDMATAN ASAS
Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan. Semua ini merupakan perkhidmatan asas yang wajib disediakan oleh Kerajaan untuk rakyatnya.
14. AGIHAN KEKAYAAN DAN CUKAI KHAS KE ATAS MNC.
Kerajaan harus memastikan pada masa pandemik, agihan pendapatan dan jurang kekayaan tidak menjadi luas, malah harus diregulasi supaya kekayaan dapat dinikmati bersama. Kerajaan perlu melaksanakan kadar cukai kecemasan terhadap semua syarikat korporat multinasional (MNC) untuk menampung sebahagian kos dalam membekalkan bantuan kepada rakyat pada masa sekarang.
15. ISYTIHAR DARURAT IKLIM
Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti perlombongan bauksit, insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Hentikan pengimportan sampah dari negara asing serta hentikan pembakaran tanah perladangan dan pembalakan, dan gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
Senarai Organisasi Yang Menyokong Tuntutan Hari Pekerja 2021:
1. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
2. Amateur
3. All Women’s Action Society
4. Association of Women Lawyers (AWL)
5. AU SOW YEE
6. Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue)
7. Centre for Independent Journalism (CIJ)
8. Demokrat UM
9. Demokrat UKM
10. Demokrat Kebangsaan
11. Diversity Malaysia
12. Family Frontiers
13. Five Arts Centre
14. Freedom Film Network
15. Gabungan Peneroka Bandar Dan Perumahan
16. Gabungan Petani and Penternak
17. Gerakan Mahasiswa UPM (GMM)
18. Gerakan Pembebasan Akademik (GPA)
19. Good Samaritan Kuala Lumpur
20. Global Environment Centre
21. Greenpeace Malaysia
22. EMPOWER
23. HINDRAF Johor
24. In Between Cultura
25. International Women's Rights Action Watch Asia Pacific
26. Jaringan Pekerja Kontrak
27. Jaringan Penternak Nasional Marhain
28. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
29. Jaringan Perumahan Kos Rendah P.Pinang
30. Kg. Bukit Kuda,Selangor
31. Jawatankuasa Bekas Penduduk Kg.Chekkadi Perak
32. Jawatankuasa Penduduk Kg.Chepor Perak
33. Jawatankuasa Penduduk Kg.Chubadak Kl
34. Jawatankuasa Penduduk Kg. DBI Perak
35. Jawatankuasa Penduduk Kg. Hakka Mantin, Selangor
36. Jawatankuasa Penduduk Kg. Jawa Klang, Selangor
37. Jawatankuasa Penduduk Kg. KTM Buntong, Perak
38. Jawatankuasa Penduduk Kg. Pinang, Pusing, Perak
39. Jawatankuasa Penduduk Kg. Pinang, Tjg.Malim, Perak
40. Jawatankuasa Penduduk KTM Sg.Buloh, Selangor
41. Jawatankuasa Penduduk Kg.Meru Tin
42. Jawatankuasa Penduduk Jinjang Selatan
43. Jawatankuasa Penduduk Perak Hydro
44. Jawatankuasa Penduduk Kg Bengali Perak
45. Jawatankuasa Penduduk Kg Lintang Perak
46. Jawatankuasa Penduduk Kg Gopal Perak
47. Jawatankuasa Penduduk Kg Bahari Perak
48. Jawatankuasa Penduduk Kg Belakang Shin Chung, Perak
49. Jawatankuasa Penduduk Kg Veerasamy, Perak
50. Jawatankuasa Penduduk Kg Kapor Perak
51. Jawatankuasa Penduduk Padang Jawa Klang, Selangor
52. Jawatankuasa Penduduk Kg.Kl Tin Kalumbang Selangor
53. Jawatankuasa Penduduk Kg.India Pulau Carey Selangor
54. Jawatankuasa Penduduk Kg.Sri Tanjung, Dengkil, Selangor
55. Johor Yellow Flame (Jyf)
56. Justice for Sisters
57. Kelab Belia Gemilang Iskandar Puteri
58. Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital
Kerajaan Semenanjung Malaysia
59. KLSCAH Youth
60. Kuliyah Buku (KUBU)
61. KRYSS Network
62. Liberasi
63. LLG Cultural Development Centre
64. Mahasiswa Roket
65. Malaysia Muda
66. Malaysian Progressives in Australia
67. Misi Solidariti
68. National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
69. North South Initiative
70. Otai Reformis 1998
71. Parti Murba
72. Parti Sosialis Malaysia
73. Pemuda Sosialis
74. Persatuan Kebajikan Sosial Dan Pendidikan Progresif
75. Persatuan Kebajikan dan Sosial Rutraksha Negeri Sembilan
76. Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (KAMY)
77. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
78. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
79. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
80. Persahabatan Semparuthi
81. Persatuan Tamil Neri Malaysia
82. Penempatan Jalan Reko Kajang Selangor
83. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
84. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia - GRASS MALAYSIA
85. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
86. Pusat KOMAS
87. RUANG KOMUNITI P320
88. Sabah Women's Action-Resource Group
89. Sarawak Women For Women Society (SWWS)
90. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
91. Senthamizhar Peravai Malaysia (sepam)
92. Sisters In Islam
93. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
94. SUSDEN Malaysia
95. Women’s Aid Organisation
96. Women's Centre For Change
97. Young Democrats

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Saturday, 01 May 2021 19:26
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.