Tuesday, 23 April 2024
Kampung Compass Points Current Affairs BERSIH - Laksanakan UNDI18 Segera, Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan
BERSIH - Laksanakan UNDI18 Segera, Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan PDF Print E-mail
Thursday, 29 April 2021 21:58

Kenyataan Media BERSIH 2.0

29 April 2021

Laksanakan UNDI18 Segera, Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan

 

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengalu-alukan kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan akan melaksanakan UNDI18 dalam tempoh terdekat. Ini menunjukkan tekanan demi tekanan daripada rakyat yang menuntut hak mereka telah berjaya.

 

Namun, Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu memberikan satu tarikh yang jelas untuk pelaksanaan Undi18 dengan segera agar rakyat dapat menilai dan memantau pengurusan pengendalian pelaksanaan UNDI18 ini. Kenyataan bahawa ia akan dilaksanakan "dalam tempoh terdekat" boleh terbuka kepada interpretasi dan amat tidak menyakinkan semua pihak.

 

Kerajaan dan SPR juga perlu memberikan penjelasan mengapa hanya sebulan lepas mereka menyatakan UNDI18 tidak dapat dilaksanakan, namun melalui kenyataan Takiyuddin hari ini ianya boleh pula dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Adakah sebelum ini kerajaan sengaja ingin melambatkan pelaksanaan UNDI18 dan menghalang hak anak muda berumur 18 tahun untuk turun mengundi? Adakah Pengerusi SPR juga mengikut arahan kabinet untuk melengahkan pelaksanaan UNDI18? Ini menimbulkan persoalan penting samada SPR masih sebuah badan yang bebas daripada kerajaan.

 

BERSIH 2.0 juga menggesa supaya kerajaan dan SPR untuk melaksanakan AVR seperti yang dijanjikan pada pertengahan tahun ini oleh SPR dibawah pimpinan Datuk Azhar Azizan Harun. SPR telah diberikan masa yang mencukupi untuk melaksanakan AVR dan ia tidak patut ditangguhkan lagi tanpa sebab-sebab yang jelas dan munasabah.

 

BERSIH 2.0 berpandangan bahawa Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh tidak kompeten dan layak untuk memikul tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan AVR dan UNDI18. Dalih beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa UNDI18 hanya boleh dilaksanakan pada September tahun hadapan menunjukkan beliau tidak mampu mengemudi institusi yang penting ini. BERSIH 2.0 menggesa agar beliau berundur secara terhormat sekarang sebelum reputasi buruk beliau membawa kejatuhan SPR sekali lagi.

 

Dikeluarkan oleh:

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0


BERSIH 2.0 Secretariat
A-2-8, 8 Avenue Business Centre,Jalan Sungai Jernih 8/1,46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.Tel. No. : +603-76280371
WebFacebookTwitter |







Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Thursday, 29 April 2021 22:05
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.