HENTIKAN PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL.... |
![]() |
![]() |
![]() |
Monday, 01 February 2021 14:43 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Memorandum Kepada KeTSA
Hentikan Pembalakan Tidak Terkawal Untuk Menangani Krisis Banjir Di Semenanjung Malaysia
_____________________________________________________________________________________
20 Januari 2021
YB SHAMSUL ANUAR NASARAH,
Menteri Tenaga dan Sumber Asli,
Pejabat Menteri, Tingkat 17,
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA)
Aras 17, Wisma Sumber Asli,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya.
Yang Berhormat Menteri,
MEMORANDUM
HENTIKAN PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL
UNTUK MENANGANI KRISIS BANJIR DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Merujuk kepada perkara di atas, organisasi-organisasi masyarakat di Malaysia ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis banjir kilat yang melanda antara bulan November 2020 hingga Januari 2021 di Semenanjung Malaysia, khususnya di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak.
2. Krisis banjir yang telah menjejaskan kehidupan harian rakyat ini berpunca daripada beberapa faktor, termasuk yang terutamanya aktiviti pembalakan yang berleluasa khususnya di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. Krisis banjir bertambah serius setiap tahun serta menyebabkan kehidupan rakyat merana. Kerajaan disarankan supaya mengambil langkah yang proaktif untuk mengurangkan penerokaan hutan hujan tropika serta meningkatkan daya tahan infrastruktur demi melindungi rakyat daripada krisis banjir yang memusnahkan harta benda dan nyawa.
3. Penyahhutanan (deforestation) akibat pembalakan dan perlombongan merupakan faktor utama yang menyebabkan krisis banjir. Hutan merupakan sumber semula jadi utama yang membantu dalam mengurangkan risiko banjir. Hutan merupakan kawasan tadahan dan serapan hujan yang memastikan air tidak bertakung di permukaan tanah. Apabila air tidak dapat diserap ke dalam tanah, limpahan air permukaan (surface run-off) akan berlaku.
4. Penyahhutanan (deforestation) secara tidak terkawal mendedahkan tanah kepada hakisan ketika hujan lebat. Berdasarkan laporan tahunan Jabatan Perhutanan Malaysia (2019), kadar pengurangan kawasan hutan di Malaysia berada di paras yang membimbangkan. Liputan kawasan hutan telah mengecut daripada 56.4% pada 1992 kepada 54.1% pada 2019. Di Semenanjung Malaysia, negeri Pahang mengalami penyahhutanan yang paling kronik.
5. Maka, kami daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO); dengan ini mencadangkan agar KeTSA mempertimbangkan pelaksanaan cadangan-cadangan berikut;
6. SEmoga pihak Kerajaan Persekutuan melalui YB Menteri boleh mempertimbangkan pelaksanaan cadangan yang telah dikemukakan, iaitu; 3.1. Moratorium terhadap penebangan hutan (deforestation) di kawasan Hutan Simpanan Kekal dan hutan kerajaan. 3.2. Maklumat dan rekod aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan berhutan diterbitkan untuk semakan orang awam. 3.3. Perkukuhkan Akta Perhutanan Negara 1984 untuk melibatkan penglibatan orang awam. 3.4. Meningkatkan semula keluasan Hutan Simpanan Kekal di Malaysia.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh; Biro Alam Sekitar dan Krisis Iklim (BASKI) PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) _____________________________________________________________________________________
MEMORANDUM DISOKONG OLEH
_____________________________________________________________________________________
RUJUKAN Choong, J. (2021) ‘Winter monsoon’ causes serious damage to roads and massive floods in Pahang’ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/03/winter-monsoon-causes-serious-road-damages-and-massive-floods-in-pahang-vid/1936965 Kamarudin, K. (2021) Benarkah banjir buatan pembalakan, akibat hutan musnah? https://www.malaysiakini.com/news/558416 Law, Y.H. (2020) Excision – The Main Threat To Forests In Peninsular Malaysia. https://www.macaranga.org/excision-the-main-threat-to-forests-in-peninsular-malaysia/ Sahabat Alam Malaysia (2021) https://foe-malaysia.org/my/articles/sangat-tidak-bertanggungjawab-bagi-negeri-negeri-menggalakkan-penebangan-hutan/ |