Friday, 26 April 2024
Kampung Compass Points Current Affairs Laporan ERC dan Reformasi Pilihanraya
Laporan ERC dan Reformasi Pilihanraya PDF Print E-mail
Sunday, 30 August 2020 22:09

Bersih 2.0 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman atas kepercayaan beliau terhadap kepakaran dan kesungguhan dalam reformasi pilihan raya empat orang pemimpin Bersih 2.0 – Thomas Fann (Pengerusi), Ann Teo (Naib Pengerusi untuk Sarawak), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif) dan Prof Wong Chin Huat (Pakar Rujuk) dan melantik mereka sebagai ahli Electoral Reform Committee (ERC) atas kapasiti peribadi.

 

Bersih 2.0 juga bersyukur dapat bekerjasama dengan ERC dalam bersama-sama menganjurkan 3 program yakni:

 

1. Libat urus Kod Etika dan Pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya (25-26 Julai 2019 di Kota Kinabalu, 29-30 Ogos 2019 di Kuching, 16-17 Oktober 2019 dan 28 November 2019 di Kuala Lumpur)

 

2. Bengkel penubuhan sistem pendaftaran alamat unik kebangsaan (25-26 November 2019)

 

3. Bengkel Sistem Mixed Member Proportional (MMP) dan Persempadanan Semula: Pengalaman Jerman dan New Zealand untuk rujukan Malaysia (12-13 November 2019 di Kuala Lumpur, 15 November di Kuching dan 17 November 2019 di Kota Kinabalu)

 

Bersih 2.0 amat menghargai sokongan, dorongan dan bantuan barisan ahli ERC serta sekretariat ERC pimpinan saudara Amerul Muner bin Mohammad dalam perjalanan dua tahun ini.

 

Bersih 2.0 turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan, yang mengambil bahagian dalam pelbagai program libat urus (engagement) ERC dan semua program-program sama ada anjuran Bersih 2.0 sendiri atau bersama ERC, Dewan Rakyat, Suruhanraya Pilihan Raya (SPR), Engage serta rakan-rakan antarabangsa United Nations Development Programme (UNDP), Kofi Annan Foundation (KAF), International IDEA, International Foundation for Electoral Systems (IFES), MARI dan USAID. Melalui program-program ini, Bersih 2.0 telah banyak menerima pencerahan dan mendalami pemahaman kami tentang pelbagai keprihatinan yang perlu diambil kira dalam reformasi pilihan raya.

 

Bersih 2.0 percaya bahawa Laporan ERC yang telah dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Ogos 2020 (Khamis) akan membawa perbahasan berkenaan reformasi terhadap sistem dan proses pilihan raya ke ketinggian yang baru. Ketokohan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyelami proses pilihan raya hampir dua dekad menawarkan hikmah dan menggariskan peripentingnya penambahbaikan segala kekurangan. Kami menyeru YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan tanpa penangguhan Laporan ERC untuk kajian, perbahasan dan  tindakan semua pemegang taruh serta pembuat keputusan.

 

Bersih 2.0 berpegang teguh bahawa Laporan ERC adalah tonggak pencapaian (milestone) tetapi bukan titik noktah reformasi pilihan raya. Reformasi pilihan raya perlukan permuafakatan merentasi parti, negeri, kaum dan lapisan masyarakat dan ini hanya boleh tercapai dengan perbahasan yang terbuka serta mendalam. Laporan ERC tidak mungkin merangkumi semua pandangan daripada semua pihak termasuk Bersih 2.0.

 

Demi mendalami perbahasan awam sebagai susulan daripada laporan ERC, Bersih 2.0 akan mengemukakan kertas-kertas dasar (policy papers) dengan analisa dan preskripsi terperinci tentang pelbagai aspek dalam reformasi pilihan raya. Kertas-kertas pendirian yang akan dikemukakan adalah berdasarkan idea-idea yang dipegang oleh Bersih 2.0 selama ini dikayakan oleh tunjuk ajar semua pihak yang berinteraksi dengan Bersih 2.0. Kertas-kertas kerja tidak mewakili dan tidak boleh disalahanggap sebagai mewakili pandangan mana-mana pihak lain yang berinteraksi dengan Bersih 2.0.

 

Dikeluarkan oleh:

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.