Thursday, 28 March 2024
Kampung Compass Points Current Affairs GMI: 9 tahanan ISA bukan pengganas
GMI: 9 tahanan ISA bukan pengganas PDF Print E-mail
Friday, 25 June 2010 00:48

syedibrahimLapuran oleh Abdul Rahim Sabri

Terbitan asal Malaysiakini (Bahagian Bahasa Malaysia)


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mempersoalkan tindakan kerajaan menahan lapan warga asing yang dikaitkan dengan pengganas sedangkan negara asal mereka tidak menanggap mereka sebagai pengganas. Turut ditahan ialah seorang warga tempatan.


Menurut pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh (gambar), perkara itu terbukti apabila seorang daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Nigeria - Luqman Abdul Salam - telah menghubunginya tiga bulan yang lalu dan menyatakan beliau bebas daripada tindakan undang-undang di negaranya dan telahpun mendapat pekerjaan di sana.

Syed Ibrahim juga diberitahu bahawa seorang lagi rakan senegara Luqman iaitu Abdul Alhi Bolajoko - turut tidak didakwa atau ditahan oleh kerajaan Nigeria.

"Jika betul kerajaan Malaysia mengatakan mereka sebagai pengganas, tetapi selepas dibebaskan oleh negara asal mereka. Kerajaan mereka menyatakan mereka bukan pengganas.

(Oleh itu) dari situ kita mempersoalkan, kenapa mereka ditahan kerana dikaitkan dengan pengganas," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini petang semalam.


Menurut Syed Ibrahim lagi, pihaknya setakat ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenai baki tujuh tahanan termasuk seorang rakyat Malaysia itu.

"Setahu saya, mereka (warga negara asing) telah dihantar pulang ke negara masing-masing," katanya yang juga timbalan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Tambah Syed Ibrahim lagi, pihaknya juga turut menguruskan penghantaran pulang keluarga warga Nigeria itu selepas mereka dibebaskan dan pulang ke negara mereka.

Berdasarkan maklumat GMI, tujuh tahanan yang dibebaskan itu adalah tiga warga Syria yang dikenali sebagai Aiman Al Dakkak, anaknya Mohamed Hozifa serta Kutiba Al-Issa.

Manakala tiga lagi tahanan masing-masing seorang dari Yaman iaitu Khalid Salem, Hassan Barudi (Syria) dan Hussam Khalid dari Jordan. Manakala warganegara Malaysia yang dibebaskan adalah Azzahari Murad.

Februari lalu, GMI berkata adalah dipercayai ada di kalangan 12 orang warga asing dan tempatan yang ditahan di Gombak di bawah ISA Januari lalu mungkin dikaitkan dengan gerakan Wahabi.

Dua belas orang yang ditahan itu adalah antara 50 orang yang
ditahan di Sungai Cincin, Gombak bulan lalu. Bagaimanapun, 38 daripada mereka dibebaskan tidak lama kemudian.


Manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein beberapa hari selepas itu dilaporkan berkata sembilan daripada tahanan berkenaan kini dalam proses untuk diekstradisi pulang ke negara asal masing-masing.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim mendakwa tindakan mengaitkan bekas tahanan ini dengan kegiatan kumpulan pengganas antarabangsa termasuk menguar-uarkan ancaman Jemaah Islamiah (JI), bertujuan "untuk kepentingan politik pemerintah".

Beliau mendakwa ia juga bertujuan untuk menimbulkan rasa takut kepada umat Islam dan bukan Islam bagi menjustifikasi tindakan pemerintah terhadap pemimpin parti, NGO dan mahasiswa.

"Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjustifikasikan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang mana pindaannya akan dibentangkan dalam bulan depan.

"Dengan digambarkan bahawa ISA perlu, seolah-olah Jemaah Islamiah (JI) merekrut pelajar universiti, maka ada keperluan untuk ISA dikekalkan. 

"Ia sebagai tindakan
pre-emptive supaya ada sebab ISA dikekalkan atau diperkukuhkan lagi," katanya.

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.