Saturday, 27 April 2024
Kampung Compass Points Current Affairs Perwakilan berkadar demi Melayu
Perwakilan berkadar demi Melayu PDF Print E-mail
Friday, 18 August 2023 12:02

 

Perwakilan berkadar demi Melayu
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 17 Ogos 2023


https://premium.sinarharian.com.my/article/228064/mediasi-kritis/cetusan/perwakilan-berkadar-demi-melayu


KEPUTUSAN pilihan raya negeri (PRN) enam negeri mengundang kita untuk merenung semula sistem pilihan raya kita, First-Past-The-Post (FPTP), sama ada ia masih menguntungkan orang Melayu lagi atau tidak.


FPTP dipilih sebagai sistem pilihan raya tanah air ketika kemerdekaan kita bukan saja kerana ia sistem amalan bekas penjajah kita, Britain, tetapi juga kerana ia dilihat dapat membawa dua kebaikan.


Pertama, memupuk pergabungan politik antara kaum. Kedua, menjamin dominasi orang Melayu. Penulisan kali ini ingin merenung asas kedua-dua berkenaan.


Nama sistem FPTP datang daripada perlumbaan kuda, kerana kuda yang menang ialah kuda yang pertama melepasi tiang (post), tak kira berapa hampir masanya kuda kedua melepasi tiang. Sekalipun sesaat perbezaannya, kuda pertama tetap pemenang.


Dalam pilihan raya FPTP, calon yang mendapat satu undi lebih daripada pesaing terdekat akan jadi Yang Berhormat.


Dalam PRN ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemung di Terengganu dimenangi dengan majoriti 295 undi, dan 8,085 (49.10 peratus) pengundi yang menyokong calon kalah tidak dapat perwakilan.


Di Pulau Pinang, DUN Sungai Aceh (64 peratus Melayu) dimenangi dengan majoriti 124 undi, dan 9,432 (49.67 peratus) pengundi yang menyokong calon kalah tidak dapat perwakilan.


Di Selangor, DUN Taman Medan (65 peratus Melayu) dimenangi dengan majoriti 30 undi, dan 22,286 (49.96 peratus) pengundi yang menyokong calon kalah tidak dapat perwakilan.


Ketiga-tiga kes ini menampakkan parti-parti berlainan yang kalah: UMNO, Bersatu dan PKR, dan semua calonnya Melayu. Kecuali untuk Taman Medan, pengundi pihak kalah yang dinafikan perwakilan juga majoriti Melayu.


Apabila kita menjumlahkan undi di setiap negeri, maka UMNO paling rugi di Terengganu dan Kedah. Tiada seorang ADUN pun sungguhpun memenangi 29 peratus undi dan 10 peratus undi masing-masing.


UMNO juga mangsa FPTP di Kelantan (15 peratus undi, dua peratus kerusi) dan Selangor (13 peratus undi, empat peratus kerusi). Sistem yang dahulu mengukuhkan dominasi UMNO kini makan mantan tuannya.


Sistem FPTP ini turut merugikan Pakatan Harapan (PH) di Kelantan (16 peratus undi, dua peratus kerusi) dan Kedah (20 peratus undi, enam peratus kerusi).


Sekalipun PN berjaya menawan banyak kerusi di negeri-negeri PH, ia tetap mangsa FPTP di Negeri Sembilan (38 peratus undi, 14 peratus kerusi) dan Selangor (hampir 50 peratus undi, 40 peratus kerusi).


Adakah ini paling menguntungkan orang Melayu apabila cuma orang Melayu yang menang mendapat perwakilan dalam dewan perundangan dan kerajaan manakala orang Melayu yang kalah dinafikan perwakilan?


Kalau soalan ini dikira akademik pada 1950-an apabila peratusan orang Melayu dan orang bukan Melayu agak dekat, ia menjadi soalan penting apabila orang Melayu menjadi golongan majoriti yang nyata bukan saja di peringkat kebangsaan, tetapi juga di peringkat negeri.


Apakah alternatifnya? Perwakilan Berkadar (Proportional Representation, PR) adalah sistem-sistem pilihan raya yang membahagi-bahagikan kerusi dewan perundangan antara parti-parti mengikut peratusan undi.


Bentuk sistem PR yang paling biasa ialah PR Senarai Tertutup, yang diguna pakai di Indonesia sehingga 1999. Kawasan pilihan raya mengandungi beberapa kerusi, maka parti menamakan calon-calon dalam senarai dengan unjuran yang tetap, dan pengundi memangkah parti daripada calon, kemudian kerusi dibahagi-bahagikan antara parti mengikut peratusan undi.


Kita boleh tambahkan sistem PR Senarai Tertutup dengan FPTP, sepertimana di Dewan Rakyat Negara Thailand. Rakyat mempunyai dua undi. Satu undi untuk wakil kawasan, satu undi lagi untuk senarai parti.


Yang curi madu rama-rama,
Yang curi ayam serigala;
Yang menang dapat kuasa utama,
Yang kalah usah hilang segala.

 


* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway

 


Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Friday, 18 August 2023 12:10
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.