Saturday, 01 October 2022
Kampung Compass Points Current Affairs 5.8 Juta Pengundi Baru Didiskriminasi Jika ......
5.8 Juta Pengundi Baru Didiskriminasi Jika ...... PDF Print E-mail
Wednesday, 19 January 2022 12:08

 

Kenyataan Media Bersih

19 Januari 2022

5.8 Juta Pengundi Baru Didiskriminasi Jika Tiada Persempadanan Semula


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyeru agar kawasan pilihan raya dipersempadankan semula untuk membetulkan diskriminasi undi yang bakal menimpa kebanyakan 5.8 juta pengundi baru oleh pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik (AVR) yang ditambahkan kepada 15.8 juta pengundi sedia ada.


BERSIH mengingatkan pengundi baru bahawa mereka perlu bersedia dengan kehampaan besar dalam PRU15 jika sistem pilihan raya kekal sama dan kawasan pilihan raya tidak disempadankan semula. Kebanyakan daripada 5.8 juta pengundi baru adalah anak muda yang tertumpu di kawasan bandar akan mempunyai kertas undi bernilai yang mungkin serendah 1/6 daripada undi datuk nenek mereka di kampung.


Sebagai contoh, dalam PRU14, jika Siti (hipotetikal) yang berasal daripada P92 Sabak Bernam memindahkan pendaftarannya kepada P102 Bangi kerana belajar di universiti di sekitar Bangi/Serdang, maka nilai undinya serta merta mengecut 77%. Ini kerana P92 Sabak Bernam ketika itu cuma mempunyai 40,863 pengundi atau 22.8% daripada jumlah pengundi P102 Bangi. Dalam lain kata, suara seorang pengundi Sabak Bernam melebihi suara 4 orang pengundi Bangi. (lihat Selangor dalam Jadual di bawah)


Menurut satu unjuran, jumlah pengundi Bangi mungkin mencecah 300,000 dengan pertambahan pengundi baru. Jika jumlah pengundi baru di Sabak Bernam gagal mencapai 50,000, maka nilai undi Siti menjadi 1/6 daripada undi datuk neneknya di kampung asal. Dalam PRU14, jumlah pengundi purata sebuah kawasan parlimen ialah 67,300 tetapi ada 30 kawasan parlimen mempunyai lebih pengundi daripada 1.5 kali ganda purata (100,950) malah ada 8 daripada 30 kawasan parlimen itu mencecah 2 kali ganda purata (134,600).


Kebanyakan pengundi baru akan tertumpu di kawasan-kawasan pengundi padat di pusat bandar kerana di situ banyak peluang pekerjaan dan pendidikan yang menarik pengundi muda. Jika persempadanan tidak berlaku dan tiada juga alternatif lain, maka ramai pengundi baru akan rasa tertipu kerana merasakan mereka ada kuasa untuk tentukan masa depan negara dan diri sendiri, tetapi akhirnya undi sendiri tidak bernilai berbanding dengan undi orang lain.


BERSIH menjelaskan bahawa persempadanan kawasan boleh berlaku tanpa menunggu genapnya jurang lapan tahun daripada pelengkapan kajian sempadan yang lalu, yakni selewatnya 2023 untuk Sarawak, 2025 untuk Sabah dan 2026 untuk Semenanjung, di bawah peruntukan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Perkara 113(3), untuk mana-mana negeri yang mengalami perubahan bilangan kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, persempadanan semula mesti dijalankan untuk memenuhi kehendak “lebih kurang sama banyak” dan “pemeliharaan hubungan tempatan” dalam Jadual ke-13.


Namun, BERSIH ingin mengingatkan bahawa persempadanan semula boleh memburukkan lagi diskriminasi undi kepada pengundi baru atau lama jika proses ini disalahgunakan untuk menguntungkan parti-parti tertentu dan bukan memenuhi kehendak perlembagaan.


Persempadanan semula pada 2015-8 untuk Sarawak, Sabah dan Semenanjung adalah kegagalan besar (lihat Jadual) kerana tiga faktor:


(a)  Pembahagian tidak sekata antara negeri (interstate malapportionment) yang memberikan lebih kerusi kepada sesetengah negeri yang kurang pengundi apabila Perkara 46 yang menentukan bilangan kerusi Dewan Rakyat dipinda pada 2003-5;

(b)  Pembahagian tidak sekata dalam negeri (intrastate malapportionment) yang gagal memenuhi kehendak “lebih kurang sama banyak” dalam sub-seksyen 2(c) Jadual Ke-13; dan

(c)  Persempadanan tidak adil atau gerimander yang melanggar kehendak “pemeliharaan hubungan tempatan” dalam sub-seksyen 2(d) Jadual Ke-13


Perbezaan Melampau Bilangan Pengundi Antara dan Dalam Negeri/WP dalam PRU14

Negeri/             Wilayah Persekutuan

Jumlah Pengundi

Bilangan Jumlah Kerusi Parlimen

Jumlah Pengundi Kawasan

Nisbah Terbesar/ Terkecil

Purata

Terbesar

Terkecil

Perlis

150,221

3

50,074

55,938

46,096

1.21

Kedah

1,146,492

15

76,433

112,577

42,697

2.64

Kelantan

1,049,527

14

74,966

110,924

47,470

2.34

Terengganu

736,632

8

92,079

107,593

73,487

1.46

Pulau Pinang

945,627

13

72,741

91,595

49,586

1.85

Perak

1,510,864

24

62,953

107,763

29,752

3.62

Pahang

823,981

14

58,856

88,899

32,048

2.77

Selangor

2,415,074

22

109,776

178,790

40,863

4.38

Kuala Lumpur

847,793

11

77,072

88,482

61,598

1.44

Putrajaya

27,306

1

27,306

27,306

27,306

1.00

Negeri Sembilan

607,793

8

75,974

110,168

48,522

2.27

Melaka

494,662

6

82,444

126,848

51,441

2.47

Johor

1,817,999

26

69,923

138,299

40,356

3.43

Labuan

28,356

1

28,356

28,356

28,356

1.00

Sabah

1,117,337

25

44,693

62,415

28,509

2.19

Sarawak

1,220,960

31

39,386

81,856

19,592

4.18

Malaysia

14,940,624

222

67,300

178,790

19,592

9.13

 

Untuk membetulkan diskriminasi yang bakal menimpa pengundi baru pada 16 Januari, BERSIH mencadangkan tiga langkah.

Pertama, SPR harus mengemukakan bilangan pengundi baru untuk setiap satu daripada 222 kawasan parlimen dan 600 kawasan DUN supaya semua rakyat Malaysia boleh menilai skala masalah yang kita hadapi.


Kedua, sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Pilihan Raya ditubuhkan sebagai forum untuk membincangkan, sebagai isu pertama, perubahan kerusi Parlimen di bawah Perkara 46. Cara penyelesaian yang paling ideal ialah memindahkan kerusi daripada negeri yang kurang pengundi ke negeri yang banyak pengundi tanpa mengubah jumlah kerusi di Semenanjung dan Borneo. Sekiranya, jika kerusi perlu ditambah, ia harus berlaku atas dua syarat:


(a)  Kerusi ditambah dahulu untuk negeri yang mengalami ‘kurang perwakilan’ (under-representation) sebelum negeri yang telahpun mengalami ‘lebih perwakilan (over-representation) supaya bilangan pengundi purata diwakili seorang Parlimen seboleh-bolehnya sama di antara negeri negeri-negeri Semenanjung dan di antara Sabah dan Sarawak.


(b)  Bilangan kerusi Sabah, Sarawak dan Labuan terjamin sebagai ¼ daripada jumlah ahli Dewan Rakyat sebelum ada pengaturan pakej yang lebih baik ditawarkan.


Ketiga, JPKP-PRDPP mengkaji pindaan perlembagaan yang perlu kepada Jadual ke-13 untuk mengelakkan pembahagian tidak sekata dalam negeri dan gerimander.


Sebagai alternatif, jika parti-parti tidak ingin membetulkan pembahagian tidak sekata antara dan dalam negeri, atas alasan pengundi perlukan perkhidmatan dan sebagainya, maka JPKP-PRDPP harus mengkaji pindaan perlembagaan untuk mewujudkan kerusi senarai parti dan mengurangkan diskriminasi terhadap pengundi muda dan pengundi bandar.

Tidak melakukan apa-apa ke atas diskriminasi terhadap pengundi baru adalah satu kemunafikan jika slogan menyokong anak muda tetap dilaung-laungkan.

 


Dikeluarkan oleh:

Jawatankuasa Pemandu BERSIH


BERSIH Secretariat
A-2-8, 8 Avenue Business Centre,Jalan Sungai Jernih 8/1,46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.Tel. No. : +603-76280371
Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Wednesday, 19 January 2022 12:13
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.