Saturday, 01 October 2022
Kampung A Relevant Life 50 TAHUN SELEPAS DEB...
50 TAHUN SELEPAS DEB... PDF Print E-mail
Written by straits-mongrel   
Thursday, 30 December 2021 15:44

 

50 tahun selepas DEB
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 30 Disember 2021


DALAM kolum terakhir 2021 ini, saya ingin membincangkan tentang masa depan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang genap 50 tahun sejak pengenalannya pada tahun 1971.

Sungguhpun DEB secara teknikalnya tamat pada tahun 1990, intipatinya sebagai paradigma dasar terus berlangsung sehingga ada yang menyifatkannya sebagai Never Ending Policy (NEP) atau Dasar Tidak Berakhir.

Saya ingin mulakan perbincangan ini dengan tiga premis.

Pertama, Malaysia tidak mungkin makmur dan stabil jika sebahagian besar rakyatnya masih miskin dan kemiskinan boleh dikenali mengikut kaum. DEB tidak boleh ditamatkan tanpa alternatif yang lebih berkesan.

Kedua, dalam era globalisasi yang membenarkan pergerakan bakat dan modal, Malaysia akan terjerat dalam perangkap pendapatan pertengahan, yakni tidak dapat menjadi kaya dari sekarang, jika bakat dan modal terus berhijrah ke luar negeri kerana rasa dianaktirikan.

Ketiga, persoalan tentang keberlangsungan DEB membolehkan parti-parti politik meraih sokongan dengan membela atau menolaknya tanpa menawarkan penambahbaikan atau alternatif yang konkrit dan berkesan.

 

 

Sungguhpun pandangan saya mungkin cetek sekali dan serba kekurangan, saya dengan rendah hati ingin mencadangkan lima aspek reformasi yang perlu untuk menjayakan matlamat asal DEB.

Pertama, perspektif kelas mesti dibawa masuk dalam perancangan dan penilaian DEB. Tidak bermakna kalau bumiputera/Melayu menjadi kaya tetapi kekayaan itu tidak sampai ke B40 Melayu. Bilakah Melayu akan berjaya jika anak kebanyakan Melayu lepasan kolej tempatan terpaksa menjadi penghantar Grab sedangkan anak menteri bertadika di Perancis? Juga tidak munasabah dan tidak adil kalau T20 bumiputera/Melayu diberikan keutamaan daripada B40 dalam kalangan Cina dan India.

LABEL PENGKHIANAT KAUM

Kedua, daya saing ekonomi keseluruhannya dan keterangkuman mesti dijaga.

Tiada anak Malaysia harus merasa ditinggalkan atau sumbangan mereka tidak dihargai. Kalau bakat-bakat yang boleh mencipta kekayaan dengan teknologi – daripada USB ke Grab – memilih untuk bertapak di negara lain dari negara sendiri, maka kita tidak mungkin mengejar Korea Selatan, Taiwan atau Singapura, malah kita akan ditinggalkan oleh Vietnam dan Indonesia dalam sedekad dua.

Ketiga, pembasmian kemiskinan dan penyusunan masyarakat mesti berlandaskan matlamat pembangunan mampan (SDG).

Apa gunanya kita bersaing atas perbezaan kaum dan agama jika akhirnya kita semua tenggelam dalam bencana alam? Nasionalis Melayu-Muslim mesti menerima hakikat ini: yang mengancam tanah, harta-benda dan nyawa orang Melayu bukan kaum minoriti tetapi banjir (dan kenaikan paras air laut, pada masa depan) akibat pembangunan tidak mampan dan rasuah.

Keempat, lebih kuasa dan sumber harus diberi kepada negeri untuk mencapai matlamat DEB.
Pemusatan kuasa telah gagal membawa kemakmuran saksama untuk semua negeri dan semua sektor. Orang asal di Sabah dan Sarawak dan orang asli jauh ketinggalan sungguhpun namanya bumiputera.

Kelima, perancangan dan penilaian dasar awam mesti telus dan bebas dibincangkan.
Data yang terasing (disaggregated data) untuk komuniti-komuniti dan sektor-sektor khusus perlu disediakan untuk mengetahui keberkesanan dan ketinggalan. Yang menegur dan mengkritik kekurangan dasar kerajaan tidak harus dijadikan kambing hitam dengan label ‘pengkhianat kaum’ atau ‘pencabar Melayu’.

Kalau kita sayangkan Malaysia, kita mesti berani, ikhlas dan terbuka membincangkan cara untuk menjayakan matlamat-matlamat DEB, bukan melangsungkannya 50 tahun lagi sampai 2071.

*Profesor Wong Chin Huat ialah seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen

 


Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Thursday, 30 December 2021 15:53
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.