Friday, 29 March 2024
Kampung Events SABM Siri Webinar KLSCAH
Siri Webinar KLSCAH PDF Print E-mail
Written by admin   
Friday, 10 September 2021 12:52

 

Tajuk: Menanggapi "stereotaip" kaum dan prejudis: Cara-cara menangani perbezaan budaya tanpa menimbulkan reaksi balasan berapi-api
Tarikh: 15hb September 2021 (Rabu)
Masa: 8 Malam
Siaran Langsung Facebook: KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/)

 


Barisan Panelis:
Shahrul Aman Mohd Saari (Naib Presiden IKRAM, Mantan Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan)
Dr Thanussha (Naib Presiden dan Pengasas Bersama Parti MUDA)
Lim Hong Siang (Pengarah Eksekutif di SAUDARA, Kolumnis Malaysiakini)

Moderator:
Esther Sinirisan Chong Shiaw Yee (Ahli Jawatankuasa Sosio-Ekonomi KLSCAH, Ahli Agora Society Malaysia)

Anjuran:
Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)

Pengenalan:

Pada 22hb Ogos, sebuah iklan video Merdeka - yang diterbitkan oleh sebuah NGO - telah menimbulkan kemarahan sebilangan netizen di media sosial. Dihasilkan oleh Ikram, video itu memaparkan satu keluarga kecil di sebuah kampung Melayu.

Video bermula dengan bapa melihat video dalam aplikasi smartphone. Dia mengatakan beberapa perkataan menghina sifat perkauman. Sementara itu, budak kecil menunjukkan kepada ibunya lukisan gambarnya. Lukisan comel itu menampilkan tiga budak yang seolah-olahnya mewakili tiga kebudayaan utama Malaysia. Namun, dua budak dilukiskan ada ditulis dengan kata-kata penghinaan sama yang disuarakan oleh bapanya tadi.

Iklan video itu memaparkan penafian bahawa penghinaan itu untuk tujuan filem sahaja. Ia tidak menggalakkan netizen daripada melakukan tingkah laku yang sama.

Namun, ekoran kemarahan sebilangan netizen Malaysia, iklan video akhirnya diturunkan oleh Ikram. Mereka juga memohon maaf secara terbuka.
Terdapat netizen yang menganggap bahawa iklan itu boleh menyebabkan perselisihan kaum. Namun, sebilangan pakar menyokong iklan video tersebut. Juga wujud pandangan bahawa filem itu adalah "pembuka mata" terhadap realiti kepelbagaian kaum Malaysia pada hari ini.

Adakah video itu bertujuan untuk memaparkan narasi perkauman yang ketinggalan zaman? Atau adakah ini bertujuan untuk membuka ruang perbincangan mengenai stereotaip dan prejudis yang wujud dalam kepelbagaian budaya kita?

Dengan ketibaan Hari Malaysia pada 16hb Sep, kita perlu terus berusaha mendalami masalah yang masih melanda masyarakat kita. Sekiranya sebagai aur dengan tebing, warganegara Malaysia mesti terus mempertimbangkan solusi-solusi untuk mengekalkan kewarna-warnian masyarakat kita. Keunikan berbilang budaya tidak boleh dimusnahkan oleh perselisihan kaum, kerana keharmonian adalah penting untuk pembangunan bersama-sama, sebagai satu negara pelbagaian kaum.

Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada Siri Webinar KLSCAH. Penonton yang berminat boleh menggunakan e-wallet (seperti Touch n Go, Grab, Boost dll.) untuk mengimbas kod QR yang ditunjukkan di halaman tersebut untuk membayar.

Ikuti perkembangan terkini KLSCAH di portal:

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Friday, 10 September 2021 13:04
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.