Hari Bertindak Menyelamatkan Kampung Orang Asli Pos Lanai |
Written by admin |
Saturday, 21 August 2021 12:47 |
Hari Bertindak Menyelamatkan Kampung Orang Asli Pos Lanai – 23HB .OGOS,2021
Isunya
Ingat lagi perjuangan Orang Asli Semai Pos Lanai yang membantah Empangan Telom ? Kini walaupun projek empangan itu telah dibatalkan pada tahun 2018, kini satu lagi ancaman menanti komuniti Orang Asli Pos Lanai - iaitu PROJEK PERLOMBONGAN LANTHANIDE NADIR BUMI dikawasan Kampung mereka dan Hutan Simpanan Kekal Ulu Jelai Daerah Kuala Lipis, Pahang .
Apa itu Lanthanide? Ia sejenis mineral seperti yang diproses di Lynas dulu. Tetapi berbeza dengan Lynas, ianya kini dilombong terus dikawasan Hutan Simpanan Kekal dan kawasan Orang Asli.
Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan projek ini, dan kini sykt lombong sedang berusaha meluluskan EIA dengan segera.
Maka – KITA PERLU BERTINDAK SEKARANG!
Dewan Negeri Pahang yang akan berlangsung dari 23hb.Ogos, 2021 nanti , kami meminta semua rakan melakukan kempen media social dengan ;
PERTAMA
Sila hantar mesej ini kepada YB2 ADUN Kerajaan Negeri Pahang dengan segera hai ini bermula jam 10 pagi pada 23hb.Ogos, 2021
KEDUA
Share website kempen untuk maklumat lanjut isu .
Jangan lupa juga sign petition dan edarkan kepada semua .
Terima kasih
Jkuasa Bantah Lombong Lanthanide Selamatkan Pos Lanai .
H/P: 0102580455
|
Last Updated on Saturday, 21 August 2021 12:55 |