Ridhuan Tee and Art Harun Debate? Print
Monday, 04 January 2010 14:04

ridh-artKenyataan Media SABM

 

Rakyat Malaysia secara lazim memiliki pandangan mereka tersendiri dan tidak gentar untuk mengutarakan pandangan tersebut.


Baru-baru ini, komuniti internet tempatan telah dihangatkan dengan kenyataan yang mampu mencetuskan perselisihan faham yang telah dikeluarkan oleh ahli akademik, Dr Ridhuan Tee menerusi rencana beliau 'Tuduhan penjahat lebih baik dari berjahat' yang telah disiarkan dalam ruangan Mingguan Malaysia dan juga di laman blog beliau pada hari Ahad lepas (27 Disember 2009).


Maklum balas terhadap pandangan beliau adalah berbeza-beza. Ada yang bersetuju sepenuhnya dan menyokong kenyataan Dr Tee manakala tidak kurang juga yang telah membidas hujah beliau serta tidak bersetuju dengan pandangan beliau.


Pada hari Isnin, 28 Disember 2009, Pengamal Undang-Undang Art Harun telah meningkatkan lagi kehangatan ini menerusi jawapan dan bidasan beliau yang bertajuk 'An open reply to Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah' – yang telah disiarkan di laman blog beliau.

 

Sebagai sebuah inisiatif rakyat yang tidak partisan, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) ingin menjemput Dr Tee dan Art Harun bagi menyertai satu debat terbuka yang bertujuan menggalakkan semangat perbincangan yang berlandaskan hujah-hujah yang rasional berkaitan perkara yang diperdebatkan serta membuka ruang umum bagi membolehkan pandangan yang pelbagai diutarakan.


SABM berniat mengadakan debat tersebut di lokasi yang sesuai dan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua penulis tersebut dan SABM berharap agar mereka bersetuju untuk turut serta dalam acara yang pastinya menarik dan menjadi tumpuan ramai ini.


Sila hubungi Hasbeemasputra Abu Bakar di Rumah Anak Bangsa Malaysia +603-2095 0435 / 017-332 5424 untuk keterangan selanjutnya.

 


Media Statement and Invitation


Malaysians have strong opinions and they are certainly not afraid to express them.

 

The local Internet community is abuzz lately with academic Dr Ridhuan Tee’s contentious statements in his article “Accused as criminals is better than being evil” which appeared in both his Mingguan Malaysia column and his blog on December 27th, 2009.


Responses from the Internet community have been varied. Some are firmly in support of Dr Tee’s assertions while others have slammed him for his views.


On Monday, lawyer Art Harun heightened ongoing arguments with a rebuttal - “An open reply to Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah” on his blog.


As a non-partisan people’s initiative, Saya Anak Bangsa Malaysia wishes to invite Dr Tee and Art Harun to an open debate. The aim is to encourage a spirit of sober and reasoned discussion on the subject in contention as well as to open up public space for diverse views to be expressed.


SABM proposes to hold the debate at a suitable venue and at a time appropriate for both writers and hopes they will agree to participate in what promises to be an exciting event.


For more details, kindly contact Hasbeemasputra Abu Bakar at Rumah Anak Bangsa Malaysia at +603-2095 0435/017-332 5424.

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!