Thursday, 22 April 2021
Kampung Compass Points Current Affairs HENTIKAN PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL....
HENTIKAN PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL.... PDF Print E-mail
Monday, 01 February 2021 14:43
Memorandum Kepada KeTSA
Hentikan Pembalakan Tidak Terkawal Untuk Menangani Krisis Banjir Di Semenanjung Malaysia

_____________________________________________________________________________________
20 Januari 2021


YB SHAMSUL ANUAR NASARAH,
Menteri Tenaga dan Sumber Asli,
Pejabat Menteri, Tingkat 17,
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA)
Aras 17, Wisma Sumber Asli,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya.


Yang Berhormat Menteri,

MEMORANDUM
HENTIKAN PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL
UNTUK MENANGANI KRISIS BANJIR DI SEMENANJUNG MALAYSIA



Merujuk kepada perkara di atas, organisasi-organisasi masyarakat di Malaysia ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis banjir kilat yang melanda antara bulan November 2020 hingga Januari 2021 di Semenanjung Malaysia, khususnya di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak.

2. Krisis banjir yang telah menjejaskan kehidupan harian rakyat ini berpunca daripada beberapa faktor, termasuk yang terutamanya aktiviti pembalakan yang berleluasa khususnya di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. Krisis banjir bertambah serius setiap tahun serta menyebabkan kehidupan rakyat merana. Kerajaan disarankan supaya mengambil langkah yang proaktif untuk mengurangkan penerokaan hutan hujan tropika serta meningkatkan daya tahan infrastruktur demi melindungi rakyat daripada krisis banjir yang memusnahkan harta benda dan nyawa.

3. Penyahhutanan (deforestation) akibat pembalakan dan perlombongan merupakan faktor utama yang menyebabkan krisis banjir. Hutan merupakan sumber semula jadi utama yang membantu dalam mengurangkan risiko banjir. Hutan merupakan kawasan tadahan dan serapan hujan yang memastikan air tidak bertakung di permukaan tanah. Apabila air tidak dapat diserap ke dalam tanah, limpahan air permukaan (surface run-off) akan berlaku.

4. Penyahhutanan (deforestation) secara tidak terkawal mendedahkan tanah kepada hakisan ketika hujan lebat. Berdasarkan laporan tahunan Jabatan Perhutanan Malaysia (2019), kadar pengurangan kawasan hutan di Malaysia berada di paras yang membimbangkan. Liputan kawasan hutan telah mengecut daripada 56.4% pada 1992 kepada 54.1% pada 2019. Di Semenanjung Malaysia, negeri Pahang mengalami penyahhutanan yang paling kronik.

5. Maka, kami daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO); dengan ini mencadangkan agar KeTSA mempertimbangkan pelaksanaan cadangan-cadangan berikut;

Cadangan

Huraian

Moratorium terhadap penebangan Hutan Simpanan Kekal dan hutan kerajaan yang belum diwartakan 

· Kerajaan Persekutuan perlu memberi “Dana Perlindungan Hutan” (DPH)  untuk membantu negeri-negeri dalam melindungi hutan-hutan pengeluaran mereka daripada aktiviti pembalakan, perlombongan dan penukaran guna tanah, termasuklah bagi tujuan perladangan.

· Dana ini boleh juga digunakan untuk menggalakkan pewartaan hutan kerajaan yang masih belum menerima perlindungan undang-undang yang kukuh.

· Pemberian DPH akan mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada hasil pembalakan atau perlombongan daripada hutan. 

· Kerajaan Persekutuan perlu menghentikan pengeluaran surat eksport (approved permit - AP) bagi balak, hasil lombong dan/atau produk-produk (seperti bauksit, barangan daripada haiwan)  dari kawasan berhutan terutamanya yang telah diperolehi secara haram.

Maklumat & rekod aktiviti pembalakan dan perlombongan di hutan diterbitkan untuk semakan orang awam

· Berdasarkan data rasmi, anggaran kehilangan kawasan hutan antara tahun 2001-2019 adalah 130,000 hektar.

· Tetapi, Global Forest Watch menjangka bahawa Semenanjung Malaysia telah kehilangan sebanyak 725,613 hektar berdasarkan imej satelit semasa.

· Kerajaan Persekutuan harus menerbitkan lokasi, keluasan dan pemegang konsesi aktiviti pembalakan secara telus dan diakses percuma untuk orang awam.

· Mewujudkan sistem pengurusan maklumat yang terurus untuk menyimpan rekod maklumat berkaitan pembalakan yang boleh diakses secara terbuka dan tanpa bayaran.

· Imej satelit semasa di kawasan pembalakan harus diterbitkan untuk pengetahuan orang awam.

· Kerajaan Persekutuan boleh menghalang pemberian AP eksport kepada negeri yang enggan bekerjasama dalam berkongsi maklumat.

Perkukuhkan Akta Perhutanan Negara 1984 untuk mewajibkan penglibatan orang awam

· Mewajibkan konsultasi awam termasuk mengadakan “sesi pendengaran awam” (public hearing) sebelum pemberian konsesi balak dan sebarang pemansuhan Hutan Simpanan Kekal.

· Mewajibkan penerbitan data terbuka yang berpusat (“centralised open data”) di peringkat Persekutuan untuk aktiviti penyahhutanan di dalam kawasan berhutan.

Meningkatkan semula keluasan Hutan Simpanan Kekal

· Kawasan hutan yang telah dinyahwartakan antara tahun 1990 hingga 2020 oleh pihak berkuasa negeri perlu digantikan semula dengan keluasan tanah yang sama dan hasil usaha ini perlu diterbitkan oleh Majlis Perhutanan Negara.

· Kerajaan Persekutuan perlu menggalakkan pewartaan hutan simpanan kekal dalam kalangan pihak berkuasa peringkat negeri.

6. SEmoga pihak Kerajaan Persekutuan melalui YB Menteri boleh mempertimbangkan pelaksanaan cadangan yang telah dikemukakan, iaitu;

3.1. Moratorium terhadap penebangan hutan (deforestation) di kawasan Hutan Simpanan Kekal dan hutan kerajaan.

3.2. Maklumat dan rekod aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan berhutan diterbitkan untuk semakan orang awam.

3.3. Perkukuhkan Akta Perhutanan Negara 1984 untuk melibatkan penglibatan orang awam.

3.4. Meningkatkan semula keluasan Hutan Simpanan Kekal di Malaysia.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh;                                                                                                                                                                                                                                 

Biro Alam Sekitar dan Krisis Iklim (BASKI)

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)

_____________________________________________________________________________________

MEMORANDUM DISOKONG OLEH

1. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

15. UTM - MJIIT Voices

2. Pemuda Sosialis (PS)

16. Belia Harmoni

3. EMPOWER Malaysia

17. MyHutan by Persatuan Pengundi Muda

4. KLSCAH Youth

18. Glimpse of Malaysia

5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

19. Sahabat Alam Malaysia (SAM)

6. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)

20. Consumer Associations of Penang (CAP)

7. UNGGAS Malaysia

21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

8. IDRIS Association

22. Agora Society

9. Klima Action Malaysia (KAMY)

23. Gerakan Pembebasan Akademik (GPA)

10. Gagasan Insan Progresif (GPI)

24. KUASA

11. Liberasi

25. Five Arts Centre

12. North South Initiative (NSI)

26. Global Environment Centre (GEC)

13. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

27. Malaysia Agroecology Society (SRI Mas)

14. University Malaya Association of New Youth (UMANY)

28. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA)

_____________________________________________________________________________________

RUJUKAN

Choong, J. (2021) ‘Winter monsoon’ causes serious damage to roads and massive floods in Pahang’ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/03/winter-monsoon-causes-serious-road-damages-and-massive-floods-in-pahang-vid/1936965

Kamarudin, K. (2021) Benarkah banjir buatan pembalakan, akibat hutan musnah? https://www.malaysiakini.com/news/558416

Law, Y.H. (2020) Excision – The Main Threat To Forests In Peninsular Malaysia. https://www.macaranga.org/excision-the-main-threat-to-forests-in-peninsular-malaysia/

Sahabat Alam Malaysia (2021) https://foe-malaysia.org/my/articles/sangat-tidak-bertanggungjawab-bagi-negeri-negeri-menggalakkan-penebangan-hutan/

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.