Thursday, 28 March 2024
Kampung Compass Points Letters PEMANTAU: Salahlaku Pilihan Raya dan Perlunya Pemantau Pilihan Raya
PEMANTAU: Salahlaku Pilihan Raya dan Perlunya Pemantau Pilihan Raya PDF Print E-mail
Friday, 22 February 2013 21:16

pemantauPemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU)  memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.  Beliau dipetik sebagai berkata, “Sekiranya motif memberi wang atau hadiah oleh calon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan.” Beliau turut menjustifikasi tafsiran beliau tentang Akta Kesalahan Pilihan Raya berdasarkan bahawa sekiranya sebuah Parti didapati melaksanakan kesalahan di bawah akta berkenaan, pihak SPRM tidak boleh mendakwa semua ahlinya.


Kenyataan SPRM tersebut amat mengelirukan. Perkara 8, 9 dan 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak menyatakan bahawa kelakuan menjamu, mempengaruhi secara tidak wajar, atau merasuah semestinya untuk manfaat seorang calon sahaja sebelum ia menjadi satu kesalahan. Laras bahasa akta adalah jelas: semua perbuatan ini merupakan kesalahan, tidak kira siapa yang melakukannya dan siapa yang mendapat manfaat apabila perbuatan dilakukan dengan tujuan untuk mempergaruhi undi sesiapa atau mendorong seseorang untuk tidak keluar mengundi. Justeru, amatlah mengecewakan apabila SPRM seolah-olah memberi laluan percuma kepada parti-parti politik untuk membeli undi dan mengamalkan rasuah.


Kami juga memandang berat terhadap laporan berlakunya kempen terang-terangan oleh parti-parti politik dan ahli politik sebelum tempoh kempen pilihan raya diumumkan. BERSIH 2.0 telah menerima aduan daripada rakyat tentang surat-surat dan bendera-bendera dengan logo parti yang menggesa mereka untuk mengundi parti atau calon tertentu. Tambahan pula, ada yang turut menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran undi. Kami disini ingin mengingatkan parti-parti politik bahawa ini merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM mesti memastikan pelaku kesalahan dipertanggungjawabkan tanpa rasa takut dan memihak. Kami menggesa rakyat untuk mengumpulkan bukti-bukti salah laku pilihan raya dan membuat laporan polis serta mewar-warkannya dalam laman sosial. Sekiranya penyiasatan tidak dilaksanakan sekarang, tindakan undang-undang masih boleh diambil selepas pilihan raya.


Kami berkongsi kebimbangan Bersih Sabah di atas sikap impartial sebuah badan pemerhati pilihan raya yang diberikan akreditasi iaitu Federation of Chinese Associations of Sabah (FCAS). Laporan muka depan akhbar memetik Pemangku Presiden badan berkenaan yang berkempen untuk Barisan Nasional. Kami menggesa semua badan berakreditasi untuk mematuhi piawaian dan amalan antarabangsa bagi pemerhati pilihan raya, termasuk kod perilaku yang diiktiraf yang meletakkan ciri imparsial dan kebebasan sebagai syarat-syarat tanpa kompromi.


Awal tahun ini, BERSIH 2.0, MAFREL dan Pusat KOMAS telah melancarkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU), sebuah inisiatif pemantau rakyat. PEMANTAU bertujuan untuk terus meningkatkan lagi aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihanraya yang bebas dan adil dengan menggerakkan rakyat untuk berperanan semasa PRU-13 untuk memerhati proses pilihan raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.


Kami telah mula melaksanakan taklimat dan latihan ke seluruh negara dan telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 2,000 orang sukarelawan. Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan lebih ramai lagi untuk memantau pilihan raya akan datang dan mendokumen insiden-insiden penipuan dan penyelewengan. Jumlah laporan salah laku dan keraguan pilihan raya sebelum pembubaran Parlimen adalah membimbangkan. Justeru, Malaysia memerlukan mata dan telinga warganya demi memastikan hak kita untuk pilihan raya yang bebas dan adil ditegakkan.


Terima Kasih.


Steering Committee, Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)

Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL)

Pusat KOMAS

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
bunyau  - Sarawakreport |2013-05-03 13:46:51

Check this out - http://www.sarawakreport.org/2013/05/down-at-the-airport

:angry:

:angry:

<img src=hock:' title='
:s

:s

hock:' class='postemoticon' />

Last Updated on Friday, 22 February 2013 21:19
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.