Tuesday, 19 March 2024
Kampung About SABM Piagam SABM
Piagam Saya Anak Bangsa Malaysia PDF Print E-mail


MUKADIMAH:

Menyedari tanah air tercinta kita, Malaysia, merupakan:


  • Sebuah negara yang bebas dan berdaulat dalam sebuah komuniti global;

  • Sebuah tatanegara yang dibina berasaskan prinsip Raja Berperlembagaan serta sistem Demokrasi Berparlimen;

  • Sebuah masyarakat berbilang etnik, kepercayaan serta pelbagai budaya yang terbentuk berdasarkan keahlian yang dipersetujui dan diterima bersama;

  • Sebuah negara yang dibina, dipupuk dan dibentuk oleh pelbagai usaha, penat lelah serta sumbangan tidak ternilai yang diberikan oleh setiap lapisan masyarakat, terdahulu dan kini;

  • Sebuah negara di mana rakyatnya terikat oleh sejarah serta warisan yang dikongsi, dan juga matlamat serta hala tuju yang sama;

  • Tanah yang direstui dengan sumber alam semulajadi serta sumber insan yang kaya.


Dan menerima sepenuhnya prinsip sejagat yang tidak boleh diubah, yakni kita semua merupakan satu bangsa manusia dan dilahirkan setaraf;



DEKLARASI

Kami, Anak Bangsa Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa kami pertama-tamanya adalah warganegara Malaysia dan Malaysia merupakan tanah tumpahnya darah kami. Kami mempunyai aspirasi untuk menjadi suara hati nurani negara kita dan oleh itu berikrar untuk:

 

1) Memupuk semangat ‘Bersekutu Bertambah Mutu’seperti yang dinyatakan dalam Pengisytiharan Kemerdekaan serta Hari Malaysia;

 

2) Menghormati serta mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber perundangan tertinggi Persekutuan.

 

3) Mempertahankan kebebasan asasi serta kesamarataan hak bagi setiap warganegara seperti yang digariskan dalam perlembagaan;

 

4) Menghormati setiap warganegara tanpa mengira perbezaan etnik, kepercayaan, warna kulit, kelas serta jantina;

 

5) Menentang segala bentuk prejudis, diskriminasi, penindasan, penganiayaan serta ketidakadilan;

 

6) Menghargai warisan kita yang dicorak oleh pelbagai budaya serta merayakan kekayaan kepelbagaian kita; dan

 

7) Menghormati serta melindungi alam semulajadi dan alam binaan kita;


 

  1. KOMITMEN

Kami, Anak Bangsa Malaysia, dengan ini bersedia berusaha bagi:


1) Melahirkan sebuah Pemikiran Bertunjangkan Kebangsaan yang mengutamakan berfikir serta bertindak sebagai, pertama-tamanya warganegara Malaysia;


2) Menarik Minda serta Hati dan Naluri masyarakat kita untuk bangkit melangkaui batasan sosial serta daya pemecahbelahan oleh etnik, kepercayaan, warna kulit, kelas, dan jantina;


3) Menggalakkan Nilai-Nilai kemanusian sejagat, yakni, keterbukaan, kesamarataan dan keadilan untuk semua;


4) Memajukan prinsip-prinsip ‘Tadbir Urus Yang Baik’, iaitu, pengawasan pengamanahan, integriti, akautabiliti serta ketelusan;


5) Mendidik masyarakat kita untuk menjadi Warganegara Global yang bertanggungjawab serta prihatin dan menyumbang ke arah keamanan, kesejahteraan serta pembangunan mampan.



Kami komited bagi merealisasikan semangat serta isi dan dasar Anak Bangsa Malaysia – “Satu Bangsa, Satu Negara”. Kami bertekad untuk membawa dan menyampaikan mesej ini kepada MASYARAKAT MALAYSIA.



25 April 2009
Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
anizam Bin Ibrahim  - saya dianiaya.. |2010-04-03 16:28:00
TIDAK PUAS HATI DENGAN KENYATAAN KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL TERENGGANU

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.Pada tahun 2006 saya telah ditahan oleh pegawai Jabatan Siasatan jenayah Komersil Terengganu atas kesalahan seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disabitkan dengan kes penipuan tanah. Saya telah ditahan di lokap sebelum dibenarkan ikat jamin. Selepas kejadian itu, saya sebenarnya telah insaf /‘cuci tangan’ daripada segala aktiviti jenayah komersil dan menumpukan kepada perniagaan yang halal serta keluarga.
3.Malangnya, pada bulan Januari 2010, dalam sidang akhbar oleh Superintendan Azmi bin Adam selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Terengganu, nama dan maklumat peribadi saya telah dikaitkan sebagai ketua kumpulan penjenayah yang cuba melakukan kegiatan pemalsuan dokumen bagi menukar hakmilik tanah di Pejabat Tanah Kuala Terengganu. Selama 2 hari berturut- turut maklumat berkenaan terpampang di akhbar utama hingga menyebabkan rakan- rakan dan keluarga memandang serong terhadap saya kerana mempercayai sepenuhnya maklumat daripada pegawai kanan polis yang menjalankan tugas yang diamahkan dengan sambil lewa tersebut.
4. Disini saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah berkomplot dengan mana- mana kumpulan penjenayah yang disebutkan. Sebenarnya telah hampir 4 tahun tidak bertemu dengan mereka mereka yang terlibat bersama saya pada tahun 2006 dahulu. Sebarang khabar berita mereka sama ada masih hidup atau telah mati mereka tidak lagi saya ambil peduli kerana telah putus hubungan. Butiran maklumat yang diberikan oleh pegawai kanan polis itu adalah fakta yang salah, bertujuan untuk mengaibkan, tiada siasatan yang rapi,tidak sahih dan dibuat secara membabi buta mengikut ‘dengar cakap’ pegawai dan anggota bawahan yang mempunyai motif dendam terhadap diri saya. Kesannya, laporan akhbar itu telah menyebabkan hidup saya semakin sukar kerana tidak mendapat kepercayaan rakan- rakan perniagaan, saya menjadi malu untuk berdepan dengan masyarakat dan dianggap menghadapi tuduhan jenayah yang serius padahal ianya langsung tidak pernah dilakukan oleh saya. Tindakan pegawai kanan tersebut yang tidak cekap, tidak berusaha untuk mencari fakta yang betul dan mengesan saspek (dalang) yang sebenarnya adalah merupakan satu kesalahan tatatertib yang tidak boleh dipandang ringan.
5. Sikap melepaskan tanggungjawab atau ‘lepas tangan’ kepada orang bawahan membuat siasatan dan membuat sidang akhbar hasil siasatan secara sesuka hati / membabi buta menjadikan siasatan menjadi tidak telus, tidak adil, tiada integriti yang sepatutnya menjadi amalan pegawai kanan polis sepertinya. Dimanakah ikrar dan sumpah seorang Pegawai Kanan Polis sepertinya untuk membantu rakyat ?
6. Untuk makluman , semasa saya ditahan dulu , pihak polis telah mengambil keterangan daripada saya secara lisan . Pihak polis ada menyuruh saya menandatangani kertas kosong dengan memperdayakan saya kononya beliau terlalu sibuk pada masa itu. Beliau akan menaip semula keterangan saya kemudian. Saya telah memberi keterangan menceritakan perkara sebenar dan memaklumkan siapa kah yang terlibat bersama sama saya. Saya hanya lah orang suruhan. Saya berasa hairan mengapa dua orang lagi yang merupakan dalang sebenar kes tersebut di bebaskan begitu sahaja tanpa diikat jamin. Kemudian saya dapat tahu, ada unsur unsur rasuah diantara dalang dan pegawai polis tersebut. Semua kesalahan di letak kan diatas bahu dengan menuding jari kepada saya seorang. Adalah tidak masuk akal jika kes tersebut dapat disempurnakan tanpa campurtangan daripada dalang yang merupakan “ mastermind “ dalam kes tersebut. Ternyata keterangan bertulis saya yang disediakan oleh pegawai polis tadi, menyatakan keterangan yang palsu , Bukan lah kenyataan sebenar dari saya.
7. Lebih malang lagi, Disebabkan oleh keyataan yang sama sekali tidak benar ( Fitnah) dari sidang akhbar tersebut, saya telah di “chop” sebagai penjenayah . Seluruh ahli keluarga saya mengutuk dan menghina saya, lebih berat lagi keluarga mertua saya juga membenci saya. Saya kehilangan keluarga anak anak dan isteri yang paling saya kasihi. Keluarga mertua saya dan juga rakan rakan isteri saya telah mempengaruhi isteri saya supaya menfailkan cerai di mahkamah syariah. Saya menerima berbagai bagai sms tohmahan hinaan mengatakan bahawa saya adalah penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis, kerana terpengaruh dengan kenyataan yang membabi buta oleh pegawai kanan polis di sidang akhbar tersebut.
8. Saya hampir berputus asa, menjadi buntu, dimanakah harus saya meminta bantuan dengan keadaan saya sekarang. Saya tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan diri dijadikan korban oleh pihak tertentu yang ada kepentingan peribadi dan tiada berhati perut. Sekali lagi saya menegaskan “ bahawa saya tidak terlibat dengan kes yang dimaksudkan oleh pegawai kanan polis tersebut” .
9.Semoga pihak SABM dapat membantu saya menyelesaikan perkara ini dan memberikan keadilan yang selayaknya terhadap saya supaya saya tidak lagi berasa di’kambing hitam’kan semata- mata untuk memudahkan kerja segolongan pegawai kanan polis yang tidak beretika dan tiada integriti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat dan negara. Juga menjalankan tugas yang diamanah kan mengikut sesuka hati dan ada kepentingan peribadi. Saya bersedia dipanggil untuk memberi keterangan kerana saya akan mengaku atas segala kesalahan lampau yang pernah saya lakukan sebelum ini. Saya sesekali tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan orang lain tetapi dibebankan ke atas saya kerana prinsip hidup saya “Berani kerana benar takut kerana salah” !.
10. Besarlah harapan dan doa saya semoga Pihak SABM dapat membantu memberikan peluang serta ruang kepada saya untuk membersihkan imej saya yang tercalar dan mempertimbangkan perkara ini dengan seadil- adilnya tanpa memilih bulu dalam menegakkan kebenaran tanpa menganiayai sesiapa. Segala budi bicara serta perhatian dari pihak SABM hanya Allah s.w.t sahajalah yang akan membalasnya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,


Anizam bin Ibrahim



salinan kepada :

JERIT
http://www.jerit.org/

1. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut, 50350
Kuala Lumpur,
e-aduan http://www.suhakam.org.my/sumber

Ketua Polis Negara,
Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji. Hassan,
Ibupejabat Polis Bukit Aman,
Tingkat 30,
50560 Kuala Lumpur


2 Ketua Polis Terengganu
Dato' Mohd Shukri Bin Dahlan
Pejabat Polis Kontijen Terengganu ,
20918 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

3. Ketua Jabatan Jenayah Komersial Negeri,
superatendan Azmi Adam
Jabatan Jenayah Komersial Negeri,
Pejabat Polis Kontijen Terengganu
20918 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

4 Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Komplek Jabatan Perdana Menter
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
aduan : website :http:// www.bpa.jpm.mv

Anonymous |2010-04-21 22:26:49
:idea:

:idea:

fakta :-

keratan akhbar :-Utusan Malaysia 31/10/2007
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata,
Pengarah JSJK: Cakap di mahkamah bukan melalui media, kata Nazri
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ramli Yusuff sepatutnya menggunakan mahkamah bagi mempertahan dirinya dan bukannya membuat kenyataan secara terbuka kepada media berhubung siasatan Badan Pencegah ………
Mohd Adnan Bin Abd Rahman  - re: saya dianiaya.. |2010-04-23 13:17:14
DUNIA INI TELAH SEMPURNA ALLAH JADIKAN TANPA PERLU LAGI KITA TAMBAH BULAN...BINTANG...GUNUNG ATAUPUN LAUTAN,
APA YANG PERLU KITA ZAHIRKAN HANYA KASIH SAYANG...KALAU ITUPUN TIDAK MAMPU KITA LAKUKAN!!!
TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI MATAHARI PUN AKAN MENJADI SATU RUNGUTAN...!!!

SESUNGGUH NYA ALLAH ITU BERSERTA DENGAN ORANG² YANG BERIMAN.

ALLAH MAHA ADIL.. MAHA AGUNG..MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG..
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.