Friday, 31 October 2014
Kampung Compass Points Letters Voter Registration: CHECK YOUR STATUS
Voter Registration: CHECK YOUR STATUS PDF Print E-mail
Written by straits-mongrel   
Saturday, 12 February 2011 19:01

spr01NOTE: To verify your voter registration status, please click here.

 

KENYATAAN MEDIA - SPR


PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN

SUKU TAHUN KEEMPAT 2010


1. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) 2010, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima sebanyak 292,444 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.


2. Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan PilihanRaya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2010 akan dipamerkan mulai 9 Februari 2011 hingga 15 Februari 2011 di 1,006 tempat pameran di seluruh Negara seperti berikut:


2.1 Pejabat Pilihan Raya Negeri  - 15    tempat

2.2 Pejabat Pos Berkomputer   - 476 tempat

2.3 Kompleks/Pejabat Kerajaan - 104  tempat

2.4 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah - 156  tempat

2.5 Majlis Daerah/Perbandaran - 51  tempat

2.6 Dewan Serbaguna/ RukunTetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan    - 174  tempat

2.7 Lain-lain tempat   - 30   tempat

Jumlah - 1006 tempat


3. Sehubungan dengan itu, mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah  memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi adalah dinasihatkan supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang dipamerkan itu. Dalam hal ini, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai didalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Borang tuntutan tersebut hendaklah diserahkan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010  itu dipamerkan.


4. Bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang didalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan tersebut denganmengisi  Borang C. Borang bantahan itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu dipamerkan.


5. Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan nama-nama pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih. Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya.


6. Di sini juga SPR ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai persiapan menghadapi  Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang, SPR menasihatkan kepada pemilih-pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka. Ini bertujuan bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih ataupun menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon. Jika keadaan ini berlaku menjelang sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya. Sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti serta maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR melalui Sistem Aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.


7. SPR juga  ingin memaklumkan bahawa SPR terus berusaha untuk membersihkan Daftar Pemilih daripada nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia. SPR memohon kerjasama mana-mana waris simati  untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta  membawa permit mengubur atau sebagainya sebagai bukti kematian, bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris simati berkenaan. Jika waris simati  tidak memperakukan kesahihan kematian tersebut kepada JPN, ataupun lewat melaporkan kematian tersebut, maka JPN tidak dapat mengemaskini pangkalan data Sistem ALIS. Tanpa memperolehi pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih. Justeru itu, kerjasama waris-waris simati amat diperlukan untuk melaporkan kematian berkenaan kepada JPN dengan segera dan seterusnya membolehkan SPR mengambil tindakan susulan untuk mengeluarkan nama pemilih tersebut daripada Daftar Pemilih.


8. Selain daripada itu, bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi disesuatu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing. Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, melalui kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter Ibu Pejabat SPR, Putrajaya ataupun kaunter-kaunter di pejabat-pejabat pilihan raya negeri.


9. Jika mana-mana pihak ada apa-apa pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88856500 atau melalui Faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan RayaNegeri. Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010.


 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Saturday, 12 February 2011 19:26
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.