Sunday, 28 April 2024
Kampung Compass Points Current Affairs Tak usah panik, Melayu juga untung...
Tak usah panik, Melayu juga untung... PDF Print E-mail
Thursday, 21 December 2023 15:46

 

 

Tak usah panik, Melayu juga untung
WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 21 Disember 2023

PERDEBATAN mengenai pilihan raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mendedahkan kekontangan dan kekosongan dalam wacana politik tanah air. Sebelum kita ditakutkan oleh ‘hantu pilihan raya tempatan’, mari kita kupas fakta dan isu satu demi satu.


Pertama, pilihan raya WPKL bukan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri-negeri lain yang merupakan undi ketiga selepas undi untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).


WPKL, seperti Labuan dan Putrajaya adalah entiti bertaraf negeri tanpa kerajaan dipilih sendiri. Maka, pilihan raya WPKL adalah seperti pilihan raya DUN di negeri Selangor.
Jadi, kalau orang Melayu di Selangor untung dapat memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kenapa orang Melayu di Kuala Lumpur akan rugi kalau dapat memilih ‘ADUN’nya?

Kedua, hujah orang Melayu akan rugi sebagai minoriti dalam pilihan raya perlu dikemas kini. Kalau peratusan pengundi Melayu di WPKL tidak sampai 31 peratus pada tahun 1982, ia sudah menjadi 39 peratus pada April 2023. Sebagai perbandingan, peratusan pengundi Melayu ialah 51 peratus di Selangor dan 38 peratus di Pulau Pinang.

Dalam masa dua dekad, Melayu mungkin menjadi kumpulan majoriti di Kuala Lumpur. Adakah parti-parti nasionalis Melayu akan tetap menentang pilihan raya WPKL kerana sekalipun Kota Bahru dengan 85 peratus pengundinya Melayu, sekarang tidak boleh ada pilihan raya tempatan?

Ketiga, analisa kos-faedah (CBA) pilihan raya perlu dibuat daripada perspektif pengundi Melayu. Kerajaan negeri/WP yang dipilih rakyat mesti mengambil hati rakyat, setidak-tidaknya untuk meraih undi. Sebaliknya pentadbir yang dilantik daripada Persekutuan tiada insentif seperti ini.

Contoh terbaik, kerajaan negeri Selangor menyediakan Bas Selangor percuma di tiga PBT - Shah Alam, Subang Jaya dan Klang, yang beroperasi dari 6 pagi sampai 9 malam, dengan kekerapan 15 hingga 30 minit untuk menyenangkan rakyat biasa di luar pusat bandar. Sebagai perbandingan, kecuali Kampung Baru, bas bandar GoKL lebih menumpu kepada destinasi pelancong seperti Bukit Bintang, KLCC, Chow Kit dan Pasar Seni.

Dengan pilihan raya WPKL, rungutan kekurangan prasana dan penguatkuasaan pasti akan berkurangan kerana pengundi boleh menghukum pemerintah yang gagal. Jadi, apakah kosnya kepada 444,584 pengundi Melayu Kuala Lumpur jika mereka dan 705,553 pengundi lain dapat bersama-sama memilih ADUN dan Ketua Menteri sendiri?

Ya, dengan pilihan raya, kerajaan bandaraya pasti akan lebih bersifat anekabudaya dan kurang kepekatan Melayu seperti sekarang. Dalam cara apa boleh merugikan pengundi Melayu? Bolehkah dielakkan?

Keempat, bentuk dan cara kerajaan WPKL dipilih bukan sejenis saja. Kita boleh mencontohi London dengan Datuk Bandar dan Dewan Undangan yang kedua-dua dipilih rakyat. Kerajaan WPKL juga boleh semacam kerajaan negeri iaitu rakyat cuma memilih Ahli Dewan Undangan dan parti terbesar membentuk Kerajaan. Malah, kalau kita takut sangat, ikutlah model penjajah di sesetengah wilayah, cuma ahli-ahli Dewan Undangan dipilih untuk menyemak dan mengimbang Datuk Bandar yang dilantik pusat.

Kita juga memilih sistem pilihan raya yang lebih menjamin perwakilan Melayu sebagai kumpulan minoriti. Untuk pilihan ahli Dewan Undangan, kita boleh mengunakan perwakilan Berkadar Senarai Tertutup (sistem di Indonesia sehingga 1999) atau sistem campuran seperti di Thailand. Kalau Datuk Bandar dipilih, gunalah sistem dua pusingan seperti di Indonesia.

Khairy Jamaluddin pun pernah mencadangkan pilihan raya Datuk Bandar. Takkan KJ anti-Melayu?

Jom bincang, usah panik.
Cengal teguh sungguhpun berusia,
Padi rendah diri kerana berisi,
Melayu kaum majoriti di Malaysia,
Kepentingan terjaga oleh demokrasi.

*Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway.

 


 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Thursday, 21 December 2023 15:54
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.